- Yogalakshumi Retnam
- IKTBN Dusun Tua
- Hits: 6
PROGRAM TVETPRENUER PROJEK TERNAKAN LEBAH KELULUT DI IKTBN DUSUN TUA 2026
PROGRAM TVETPRENUER PROJEK TERNAKAN LEBAH KELULUT DI IKTBN DUSUN TUA 2026
11 Ogos 2026 – Selasa
Satu program TVETprenuer Projek Ternakan Lebah Kelulut sedang dilaksanakan di Bengkel PPU IKTBN Dusun Tua dan Ladang Lebah Kelulut Adillah. Program ini diadakan selama 3 hari bermula 11 dan 12 Ogos serta hari terakhir pada 19 Ogos 2026. Seramai 15 peserta terlibat di dalam program ini dengan pelbagai kandungan modul teori dan praktikal yang akan diajar oleh pakar ternakan lebah kelulut.
Program TVETpreneur ini inisiatif keusahawanan berasaskan kemahiran TVET yang dibangunkan khususnya melalui Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) di bawah Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia (BPKB)
TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Profesional Terunggul
