LAWATAN SAMBIL BELAJAR PELAJAR SMK ABDUL SAMAD, KELANTAN KE IKTBN DUSUN TUA

    LAWATAN SAMBIL BELAJAR PELAJAR SMK ABDUL SAMAD, KELANTAN KE IKTBN DUSUN TUA

     
    10 September 2026 - Khamis
    IKTBN Dusun Tua amat berbesar hati dan bertuah kerana dipilih sebagai destinasi lawatan daripada sekolah di Pantai Timur. Terbaharu, para pelajar PPKI SMK Abdul Samad, Kelantan hadir ke IKTBN Dusun Tua sempena lawatan sambil belajar mereka dalam memahami dan mendalami pendidikan kemahiran dalam aliran TVET.
    Kesemua pelajar dan guru dibawa ke Jabatan Teknologi Elektrik, khasnya di Bahagian Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara (PPU) untuk mereka bersama dengan pakar pengajar yang memberi pendedahan yang luas berkaitan bidang latihan yang ada di IKTBN Dusun Tua serta melaksanakan demonstrasi bagi menarik minat para pelajar dalam mendalami ilmu kemahiran yang mereka minati kelak.
    Semoga dengan kehadiran mereka dapat menyuntik semangat untuk mereka terus belajar dan meneroka ilmu kemahiran, seterusnya menjadi insan yang berguna dan berkemahiran serta membawa manfaat kepada diri, masyarakat dan Negara.

    Institut Kemahiran Tinggi Belia Dusun Tua,
    Km 25 Dusun Tua,
    43100 Hulu Langat, Selangor

    No Tel : 03-90217100
    Email : ikbn_dsntua@kbs.gov.my