- Yogalakshumi Retnam
- IKTBN Dusun Tua
- Hits: 8
AKTIVITI CSR BIDANG REKABENTUK PRODUK INDUSTRI, IKTBN DUSUN TUA DI SRITI AL-MUTADAYYIN, HULU LANGAT.
15 September 2026 - Selasa
Alhamdulillah, pasukan Rekabentuk Produk Industri (IPD), IKTBN Dusun Tua telah melaksanakan aktiviti Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) di SRITI Al-Mutadayyin, Hulu Langat melalui kerja-kerja penambahbaikan ruang surau melibatkan tenaga pengajar dan pelajar bidang IPD.
Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah pembaikan dinding, kerja-kerja mengecat serta mereka bentuk dan menghasilkan mihrab.
Program ini turut memberi peluang kepada tenaga pengajar dan pelajar untuk mengaplikasikan kemahiran dalam situasi sebenar, di samping memperkukuh kerja berpasukan, kreativiti dan kemahiran penyelesaian masalah.
Semoga sumbangan ini memberi manfaat serta mewujudkan ruang surau yang lebih selesa, kemas dan kondusif kepada warga SRITI Al-Mutadyyin.
“Berkhidmat Dengan Kemahiran, Menyumbang Kepada Masyarakat.” 
