LAWATAN TAPAK BAGI PERSEDIAAN PROGRAM LAWATAN KERJAYA

    LAWATAN TAPAK BAGI PERSEDIAAN PROGRAM LAWATAN KERJAYA

    LAWATAN TAPAK BAGI PERSEDIAAN PROGRAM LAWATAN KERJAYA SEMPENA PERKHEMAHAN PEMBINAAN KARAKTER UNGGUL MURID GENERASI MADANI PERINGKAT NEGERI SELANGOR TAHUN 2026
    4 Februari 2026 - Rabu
    IKTBN Dusun Tua dengan penuh semangat menyambut delegasi Jabatan Pendidikan Negeri Selangor bagi lawatan tapak ke arah jalinan kerjasama Program Kerjaya sempena Perkhemahan Pembinaan Karakter Unggul Murid Generasi Madani Peringkat Negeri Selangor 2026.
    Delegasi diketuai oleh:
    1️⃣ Puan Maizun Azian binti Akiah – Ketua Penolong Pengarah Unit Teknologi Maklumat & Komunikasi, JPN Selangor
    2️⃣ En. Anuar bin Salimin – Penolong Pengarah Kejurulatihan, Pusat Kokurikulum Negeri Selangor
    3️⃣ Pn. Noraina Ayu binti Roslan – Penolong Pengarah Pentadbiran, Pusat Kokurikulum
    4️⃣ Pn. Shahamah binti Ahmad Diniah – Penolong Pengarah Kurikulum, Pusat Kokurikulum
    🤝 Lawatan ini membuktikan sokongan penuh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam memperkenalkan pendidikan kemahiran TVET sebagai alternatif awal untuk pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM.
    🌟 Semoga kerjasama ini terus memperkasakan TVET demi melahirkan generasi Madani yang berkarakter unggul dan berdaya saing!

    Institut Kemahiran Tinggi Belia Dusun Tua,
    Km 25 Dusun Tua,
    43100 Hulu Langat, Selangor

    No Tel : 03-90217100
    Email : ikbn_dsntua@kbs.gov.my