PROGRAM BICARA TVET DAN KERJAYA SEMPENA PERKHEMAHAN PEMBINAAN KARAKTER UNGGUL MURID GENERASI MADANI PERINGKAT NEGERI SELANGOR DI IKTBN DUSUN TUA
10 Februari 2025 - Selasa
IKTBN Dusun Tua menerima kunjungan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor bersama 30 buah sekolah menengah di bawah Jabatan Pendidikan Negeri Selangor dan secara rasmi dilantik sebagai Rakan Strategik dalam Program Bicara TVET serta Taklimat Kerjaya sempena Perkhemahan Pembinaan Karakter Unggul Murid Generasi Madani Peringkat Negeri Selangor.
Program ini menghimpunkan 375 peserta terdiri daripada 300 murid Tingkatan 5 dan 75 guru pengiring melibatkan 10 Daerah di Selangor. Selain sesi Bicara TVET dan Taklimat Kerjaya, para pelajar turut berpeluang melawat Jabatan Teknologi Mekanikal, Automotif dan Elektrik bagi melihat sendiri peluang pembelajaran dalam bidang kemahiran.
Sebagai simbolik kerjasama, kedua-dua pihak bertukar sijil penghargaan, menandakan permulaan kepada lebih banyak jalinan strategik pada masa hadapan.
Kerjasama ini diharap menjadi langkah penting dalam memperluas promosi TVET, membuka minda pelajar terhadap masa depan dalam bidang kemahiran, serta melonjakkan kemajuan TVET di Negeri Selangor.
