LAWATAN TAPAK TNB RESEARCH SDN BHD KE KOLAM AIR PANAS IKTBN DUSUN TUA

    LAWATAN TAPAK TNB RESEARCH SDN BHD KE KOLAM AIR PANAS IKTBN DUSUN TUA

     
    31 Julai 2026 - Jumaat
    Satu sesi lawatan tapak telah dijalankan oleh wakil TNB Research Sdn Bhd ke kolam air panas IKTBN Dusun Tua bersama wakil Cawangan Hubungan Industri, En. Imran bin Mohd Rapiah.
    Lawatan tapak ini susulan daripada pengenalpastian potensi kolam air panas IKTBN Dusun Tua untuk menjana tenaga geoterma sebagai salah satu sumber tenaga bersih serta dapat menjimatkan kos utiliti IKTBN secara optimal melalui penjanaan tenaga tersebut.
    Semoga kerjasama pelaksanaan projek ini dapat memberi manfaat kepada IKTBN Dusun Tua dalam menggunakan sumber tenaga asli sedia ada ke arah kebaikan bersama.

    Institut Kemahiran Tinggi Belia Dusun Tua,
    Km 25 Dusun Tua,
    43100 Hulu Langat, Selangor

    No Tel : 03-90217100
    Email : ikbn_dsntua@kbs.gov.my