- Yogalakshumi Retnam
- IKTBN Dusun Tua
- Hits: 4
LAWATAN KERJASAMA SYARIKAT PENGEDAR PRODUK ROBERLO KE IKTBN DUSUN TUA
28 Julai 2026 - Selasa
Satu lawatan kerjasama telah dijalankan oleh wakil syarikat pengedar produk Roberlo, En. Yoon Wai Cheong (Pengarah) dan En. Azlan Mohd Kham ke IKTBN Dusun Tua yang disambut oleh wakil Cawangan Hubungan Industri dan para pengajar automotif bagi bidang semburan cat.
Lawatan ini tertumpu kepada perkongsian maklumat berkaitan sejarah kerjasama terdahulu dan rundingan untuk meneruskan kerjasama baharu dengan pelbagai aktiviti yang boleh dijalankan secara bersama.
