LAWATAN TEKNIKAL UKM & TNB RESEARCH SDN. BHD. KE IKTBN DUSUN TUA

    LAWATAN TEKNIKAL UKM & TNB RESEARCH SDN. BHD. KE IKTBN DUSUN TUA

     
    2 Julai 2026 – IKTBN Dusun Tua telah menerima kunjungan teknikal daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan TNB Research Sdn. Bhd. bagi meninjau potensi pembangunan tenaga geoterma di kawasan Kolam Air Panas institut sebagai salah satu sumber tenaga bersih dan lestari.
    Dalam lawatan tersebut, rombongan turut mengadakan tinjauan ke Pencawang Elektrik (PE) IKTBN Dusun Tua bagi meneliti corak penggunaan beban elektrik serta perubahan profil penggunaan tenaga institut dalam jangka masa panjang. Kajian ini bertujuan membantu menentukan keperluan kapasiti bekalan kuasa yang paling sesuai, sekali gus menyokong usaha pengoptimuman penggunaan tenaga dan penjimatan kos utiliti di IKTBN Dusun Tua.
    Rombongan telah diketuai oleh Dr. Hariri mewakili Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), manakala pihak TNB Research Sdn. Bhd. diketuai oleh Ir. Dr. Ng Guat Peng.
    Semoga kerjasama strategik ini menjadi pemangkin kepada pembangunan teknologi tenaga hijau serta memperkukuhkan usaha IKTBN Dusun Tua ke arah kampus yang lebih mampan dan cekap tenaga.

    Institut Kemahiran Tinggi Belia Dusun Tua,
    Km 25 Dusun Tua,
    43100 Hulu Langat, Selangor

    No Tel : 03-90217100
    Email : ikbn_dsntua@kbs.gov.my