- Yogalakshumi Retnam
- IKTBN Dusun Tua
- Hits: 21
Sesi Semakan Verifikasi Portfolio, LPKT dan Pembentangan Projek
30 Jun 2026, telah berlangsung sesi semakan verifikasi portfolio, LPKT dan pembentangan projek ke atas pegawai IKTBN Dusun Tua, Puan Nor Huda binti Salim bagi Program Rekabentuk dan Pembangunan Produk Industri (MC-040-4-2013).
Pegawai Pengesah Luaran yang bertanggungjawab menilai ialah En. Rosli bin Rahmat dari TVET MARA Johor Bahru. Alhamdulillah, hasil semakan verifikasi tersebut menunjukkan pegawai yang dinilai telah berjaya memberi pembuktian yang mencukupi dengan beberapa penambahbaikan yang dikenal pasti.
Sekalung penghargaan turut diberikan kepada En. Mohd Yasmiadri bin Yusop, selaku penyelaras PPT yang sentiasa membantu dan memberi tunjuk ajar kepada pegawai IKTBN Dusun Tua dalam melaksanakan SKM, DKM dan DLKM melalui kaedah PP-PPT.
Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada kemajuan institut serta meningkatkan taraf persijilan pegawai, seiring dengan aspirasi JPK untuk melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi.
