- Yogalakshumi Retnam
- IKTBN Dusun Tua
- Hits: 175
Majlis Berbuka Puasa Bersama Keluarga KESKEB IKTBN Dusun Tua
6 Mac 2026 – Majlis Berbuka Puasa Bersama Keluarga KESKEB telah berlangsung dengan jayanya di Masjid As-Syabab, IKTBN Dusun Tua pada jam 6.30 petang. Program yang dianjurkan oleh KESKEB ini menghimpunkan warga IKTBN Dusun Tua bersama ahli keluarga dalam suasana penuh kemesraan dan keberkatan sempena bulan Ramadan.
Majlis ini bukan sahaja menjadi platform untuk berbuka puasa bersama, malah turut mengeratkan silaturahim serta semangat kekeluargaan dalam kalangan warga institut. Semoga program seperti ini dapat terus dianjurkan pada masa akan datang bagi memupuk ukhuwah dan kebersamaan warga IKTBN Dusun Tua. 

