- Yogalakshumi Retnam
- IKTBN Dusun Tua
- Hits: 165
MESYUARAT PENYELARASAN PROGRAM T-TEP BERSAMA UMW TOYOTA MOTOR SDN BHD
6 Mac 2026 - Jumaat
Satu mesyuarat penyelarasan telah diadakan berkaitan program T-TEP seliaan UMW Toyota Motor Sdn Bhd bersama IKTBN Dusun Tua. Wakil Toyota, En. Noor Azmi Arshad, Lead Technical Instructor telah memberi penerangan penuh halatuju program T-TEP yang akan dijalankan melibatkan pelajar Diploma Kemahiran Automotif.
Semoga dengan pelaksanaan program ini melalui kerjasama dua pihak dapat membantu pelajar mempelajari teknologi terkini serta penggunaan peralatan sumbangan Toyota yang memberi nilai tambah kepada kepakaran pelajar, seterusnya bakal menjadi pekerja yang berkemahiran tinggi seiiring keperluan industri semasa.
