Majlis Penyerahan Sijil Tamat Latihan Program MY ITCREW@ILKBS Sesi 2/2025

    Majlis Penyerahan Sijil Tamat Latihan Program MY ITCREW@ILKBS Sesi 2/2025

    27 April 2026, Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Dusun Tua telah melangsungkan Majlis Penyerahan Sijil Tamat Latihan bagi Program MY ITCREW@ILKBS sesi 2/2025. Majlis ini telah disempurnakan oleh YBrs. En. Samsuri bin Arif, Pengarah IKTBN Dusun Tua.
    Pihak Institut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada empat orang pelajar yang berjaya menamatkan kursus pada sesi kali ini. Sekalung penghargaan turut ditujukan kepada ibu bapa atas sokongan dan dorongan yang tidak berbelah bahagi dalam memastikan kejayaan anak-anak istimewa ini.
    Ucapan terima kasih yang mendalam juga diberikan kepada tenaga pengajar Program MY ITCREW@ILKBS, Puan Fazreena NurAtilia binti Shamsul Anuar, atas dedikasi dan komitmen beliau dalam menjayakan program ini.
    Semoga anak-anak istimewa ini dapat mengaplikasikan ilmu serta kemahiran komputer yang dipelajari untuk meningkatkan kualiti kehidupan mereka, sekali gus menjadi inspirasi kepada masyarakat.

    Institut Kemahiran Tinggi Belia Dusun Tua,
    Km 25 Dusun Tua,
    43100 Hulu Langat, Selangor

    No Tel : 03-90217100
    Email : ikbn_dsntua@kbs.gov.my