24 April 2026, telah berlangsung Perhimpunan Bulanan April anjuran Bahagian Hal Ehwal Pelajar. Program ini menghimpunkan seluruh warga kerja IKTBN Dusun Tua bagi memperkukuh komunikasi, menyampaikan maklumat semasa serta meningkatkan semangat kerja berpasukan.
Majlis dimulakan dengan ucapan aluan daripada wakil penganjur, diikuti dengan sesi perkongsian ilmu oleh YADIM serta amanat Tuan Pengarah. Dalam amanat tersebut, beliau menekankan kepentingan disiplin, menghargai masa, integriti dan ketelusan sebagai asas kecemerlangan institusi.
Turut diadakan sesi penghargaan kepada staf yang bersara, ucapan selamat datang kepada kakitangan baharu, serta sambutan hari lahir warga kerja bagi bulan Mac dan April. Kemuncak majlis adalah penyampaian Anugerah Pekerja Cemerlang Bulanan kepada staf terpilih sebagai tanda pengiktirafan atas komitmen dan dedikasi mereka.
Secara keseluruhannya, perhimpunan ini berjaya mencapai objektif dalam memperkukuh semangat kebersamaan serta menyemarakkan budaya kerja cemerlang dalam kalangan warga organisasi.
