- Yogalakshumi Retnam
- IKTBN Dusun Tua
- Hits: 43
MESYUARAT KERJA PERSEDIAAN PROGRAM BERSAMA PMX SEMPENA HIMPUNAN BELIA TVET MADANI
9 Julai 2026 - Khamis
Sesi Mesyuarat Kerja telah diadakan yang dipengerusikan oleh Pengarah Kemahiran BPKB, En. Sukri bin Ismail sebagai persediaan program bersama PMX sempena Himpunan Belia TVET Madani yang akan diadakan di IKTBN Dusun Tua. Mesyuarat dihadiri oleh wakil pengurusan dan operasi BPKB, wakil pengurusan IKTBN Dusun Tua dan wakil ILKBS yang lain.
Perbincangan tertumpu kepada tanggungjawab dan peranan setiap Jawatankuasa dalam memastikan segala persiapan dapat dilaksanakan dengan teratur dan baik. Lawatan tapak diadakan bersama semua Jawatankuasa bagi mengenalpasti lokasi yang bersesuaian sepanjang program yang akan dijalankan kelak.
