MESYUARAT KERJASAMA LATIHAN KEMAHIRAN BERSAMA PRASARANA MALAYSIA BERHAD DAN IKTBN DUSUN TUA

    MESYUARAT KERJASAMA LATIHAN KEMAHIRAN BERSAMA PRASARANA MALAYSIA BERHAD DAN IKTBN DUSUN TUA

     
    22 September 2026 - Selasa
    Satu mesyuarat kerjasama antara Prasarana Malaysia Berhad dan IKTBN Dusun Tua telah diadakan bagi membincangkan potensi pelaksanaan program latihan dan pembangunan kemahiran dalam bidang TVET Automotif, khususnya teknologi Kenderaan Elektrik (EV). Wakil Prasarana Malaysia Berhad yang hadir ialah En.Jaslino Mohamed Yusoff – Head Bus Academy, En.Mohd Izzat Huzaimi Harin – Head Engineering (Unit), En.Muhamad Fakhrullah bin Ridzwan – Head Training Performance Management dan En. Aizuddin Othman – Engineering Trainer serta wakil IKTBN Dusun Tua, En.Helmi bin Ab Hamid – Ketua Jabatan Teknologi Automotif dan En.Jefrizain bin Abdul Rasid – Ketua Cawangan Hubungan Industri.
    Antara perkara utama yang dibincangkan ialah cadangan kerjasama untuk menyediakan latihan dan pendedahan industri kepada pelajar IKTBN Dusun Tua, khususnya dalam bidang kenderaan elektrik (EV) khususnya berkaitan Bas Elektrik. Prasarana turut berkongsi perancangan untuk membangunkan tenaga kerja berkemahiran melalui program seperti Electric Bus Training Programme serta T-Gear (TVET Graduate Empowerment through Apprenticeship and Readiness Programme) yang menyasarkan pembangunan graduan TVET melalui latihan, perantisan dan persediaan ke alam pekerjaan.
    Mesyuarat ini merupakan langkah awal dalam meneroka peluang kerjasama strategik antara Prasarana Malaysia Berhad dan IKTBN Dusun Tua dalam memperkukuhkan pembangunan kemahiran TVET, khususnya dalam bidang teknologi EV dan bas elektrik. Kerjasama yang dicadangkan diharapkan dapat meningkatkan kesiapsiagaan pelajar menghadapi keperluan industri serta menyediakan mereka dengan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman yang lebih relevan sebelum memasuki alam pekerjaan.

    Institut Kemahiran Tinggi Belia Dusun Tua,
    Km 25 Dusun Tua,
    43100 Hulu Langat, Selangor

    No Tel : 03-90217100
    Email : ikbn_dsntua@kbs.gov.my