Pempamer sempena Minggu Pendidikan Kerjaya TVET 2026

    Pempamer sempena Minggu Pendidikan Kerjaya TVET 2026

    2 April 2026, IKTBN Dusun Tua telah diberi peluang oleh SMK Puchong Utama (1) untuk turut serta sebagai pempamer sempena Minggu Pendidikan Kerjaya TVET 2026.
    Promosi ini berjaya menarik perhatian seramai 1,604 pelajar yang terdiri daripada calon SPM, murid Tingkatan 4 dan Tingkatan 3. Kehadiran yang begitu ramai menunjukkan minat tinggi terhadap bidang TVET sebagai pilihan masa depan.
    Institut merakamkan penghargaan kepada pegawai bertugas iaitu En. Abdul Hafiz bin Sulaiman (CHI), En. Nasrul Nizam bin Sulaiman (HEP) dan En. Mohd Afiq bin Mohd Ridzuan (HEP) atas komitmen yang diberikan sepanjang program berlangsung.
    ✨ Semoga pendedahan ini membuka mata para pelajar untuk menjadikan TVET sebagai pilihan utama pendidikan, sekali gus memperkasakan TVET agar setaraf dengan sistem pendidikan lain dan terus relevan di persada dunia. 🚀

    Institut Kemahiran Tinggi Belia Dusun Tua,
    Km 25 Dusun Tua,
    43100 Hulu Langat, Selangor

    No Tel : 03-90217100
    Email : ikbn_dsntua@kbs.gov.my