Kunjungan daripada Projek Pembangunan Kemahiran dan Profesionalisme Pengajar TVET, CIAST

    Kunjungan daripada Projek Pembangunan Kemahiran dan Profesionalisme Pengajar TVET, CIAST

    IKTBN Dusun Tua telah menerima kunjungan daripada beberapa pegawai selaku Urusetia Projek Pembangunan Kemahiran dan Profesionalisme Pengajar TVET, CIAST. Kunjungan ini diketuai oleh TS. Abdul Hadi bin Kasmoni, Ketua Penyelaras Program (Pengurusan), Program Pembangunan Pengajar Kemahiran (PPK), CIAST.
    Tujuan kunjungan ini adalah untuk:
    1️⃣ Perkongsian amalan terbaik serta pendedahan berkaitan pengurusan latihan, pembangunan program kemahiran dan pengoperasian institusi latihan, khususnya dalam bidang Electric Vehicle & Hybrid (EV).
    2️⃣ Meningkatkan jaringan kerjasama strategik antara institusi TVET.
    3️⃣ Mendapatkan input penambahbaikan bagi pelaksanaan program pembangunan pengajar dan latihan kemahiran di CIAST.
    Institut merakamkan penghargaan kepada Tn. Hj. Helmi bin Ab Hamid, Ketua Jabatan Teknologi Automotif & Pembangunan yang telah mengetuai sesi penerangan dan lawatan ke Bengkel EV.
    ✨ Semoga kunjungan ini dapat memperkukuh jaringan kerjasama antara IKTBN Dusun Tua dan CIAST, sekali gus memperkasakan TVET agar terus relevan dan berdaya saing di peringkat global. 🚀

    Institut Kemahiran Tinggi Belia Dusun Tua,
    Km 25 Dusun Tua,
    43100 Hulu Langat, Selangor

    No Tel : 03-90217100
    Email : ikbn_dsntua@kbs.gov.my