Pendidikan TVET sempena Minggu Kerjaya DI Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Muda, Shah Alam

    Pendidikan TVET sempena Minggu Kerjaya DI Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Muda, Shah Alam

    10 Jun 2026, IKTBN Dusun Tua terus melaksanakan tanggungjawab dalam mempromosikan TVET kepada pelajar Tingkatan 5 di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Muda, Shah Alam melalui satu Slot Pendidikan TVET sempena Minggu Kerjaya sekolah tersebut.
    Sesi taklimat selama satu jam setengah telah dikendalikan oleh Pn. Nor Huda binti Salim, dengan sokongan Puan Nurul Asyikin Ismail dari Cawangan Hubungan Industri. Program ini dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling dan melibatkan empat kelas Tingkatan 5 sebagai peserta utama.
    Pendedahan ini diharap dapat membuka minda pelajar, memberi inspirasi serta menyediakan laluan pendidikan yang jelas untuk masa depan mereka. Semoga TVET menjadi pilihan utama selepas tamat persekolahan, sekali gus melahirkan lebih ramai belia berkemahiran tinggi yang mampu menyumbang kepada pembangunan negara. Setinggi-tinggi penghargaan kepada Pengetua Sekolah Menengah kebangsaan Sri Muda kerana memberi peluang kepada IKTBN Dusun Tua dalam mempromosikan TVET.

    Institut Kemahiran Tinggi Belia Dusun Tua,
    Km 25 Dusun Tua,
    43100 Hulu Langat, Selangor

    No Tel : 03-90217100
    Email : ikbn_dsntua@kbs.gov.my