sesi Perbincangan bersama Syarikat VFive Group

    sesi Perbincangan bersama Syarikat VFive Group

    9 Jun 2026, telah berlangsung satu sesi perbincangan bersama Syarikat VFive Group di IKTBN Dusun Tua. Perbincangan ini bertujuan melibatkan syarikat dalam menyampaikan taklimat kerjaya kepada pelajar yang bakal menjalani latihan industri serta pelajar semester akhir.
    VFive Group, sebuah syarikat yang aktif dalam sektor pembinaan, menyatakan minat untuk menawarkan peluang kepada pelajar yang sedang mencari penempatan bagi latihan industri dan mencari tenaga kerja dalam bidang pengurusan fasiliti termasuk bidang penyejukbekuan dan penyamanan udara serta penyelenggaraan industri.
    Kerjasama ini diharap dapat membuka lebih banyak peluang kerjaya kepada pelajar, sekaligus memperkukuh hubungan industri dengan IKTBN Dusun Tua dalam usaha melahirkan graduan berkemahiran tinggi dan berdaya saing di pasaran kerja.

    Institut Kemahiran Tinggi Belia Dusun Tua,
    Km 25 Dusun Tua,
    43100 Hulu Langat, Selangor

    No Tel : 03-90217100
    Email : ikbn_dsntua@kbs.gov.my