- Yogalakshumi Retnam
- IKTBN Dusun Tua
- Hits: 213
PENYERAHAN SIJIL TAMAT BELAJAR KEPADA PELAJAR AUTISME DI IKTBN DUSUN TUA
2 Oktober 2025 - Khamis
Satu sesi penyerahan sijil tamat belajar telah diadakan kepada semua pelajar autisme yang mengikuti pembelajaran bagi bidang IT di IKTBN Dusun Tua.
Majlis telah disempurnakan oleh Tuan Pengarah, En. Samsuri bin Arif yang turut memberi ucapan semangat dan membina kepada semua pelajar untuk terus mencari ilmu kemahiran.
Semoga semua pelajar dapat menggunakan ilmu yang diberi bagi manfaat diri dan peluang untuk menceburi dunia pekerjaan mengikut bidang yang diminati.
