HARI CUCI MALAYSIA @ IKTBN DUSUN TUA 2025

    HARI CUCI MALAYSIA @ IKTBN DUSUN TUA 2025

     
    Dusun Tua, 27 September 2025 - Dalam usaha memperkukuh budaya kebersihan di seluruh negara, kerajaan telah memperkenalkan inisiatif tahunan yang dikenali sebagai “Hari Cuci Malaysia”.
    Disambut pada Sabtu terakhir setiap bulan September, acara ini turut berlangsung di IKTBN Dusun Tua bermula pada jam 8.00 pagi.
    Aktiviti dan lokasi gotong royong membersihkan landskap, mengumpulkan barangan kitar semula, membersihkan kawasan daripada pembiakan nyamuk aedes, menanam pokok buah-buahan dan mengutip sampah. Terbahagi kepada lima (5) Kumpulan dan lokasi iaitu Bengkel Cat, Kebun Cendawan, Bangunan Pentadbiran, Asrama dan juga Kuarters.
    Hari Cuci Malaysia @ IKTBN Dusun Tua telah dirasmikan oleh Encik Samsuri bin Arif, Pengarah IKTBN Dusun Tua.

    Institut Kemahiran Tinggi Belia Dusun Tua,
    Km 25 Dusun Tua,
    43100 Hulu Langat, Selangor

    No Tel : 03-90217100
    Email : ikbn_dsntua@kbs.gov.my