PENYERTAAN DUSUN TUA MOTORSPORT DEVELOPMENT TEAM (DTMDT) DI FORMULA STUDENT MALAYSIA 2026

    PENYERTAAN DUSUN TUA MOTORSPORT DEVELOPMENT TEAM (DTMDT) DI FORMULA STUDENT MALAYSIA 2026

     
    20 April 2026 - Isnin
    Pasukan Dusun Tua Motorsport Development Team (DTMDT) yang terdiri daripada 10 orang ahli di ketuai oleh En. Mustafa Kamal Shahrin bin Mohd Radzuan terlibat di dalam pertandingan Formula Student Malaysia pada 21 hingga 24 April 2026. Acara berprestij ini akan berlangsung di Litar Perlumbaan Dato' Sagor, Perak Darul Ridzuan. Majlis Flag Off diserikan dengan kehadiran Pengarah IKTBN Dusun Tua, En. Samsuri bin Arif, Ketua Jabatan Teknologi Automotif, En. Helmi bin Ab Hamid dan keluarga pemandu hebat DTMDT.
    Formula Student Malaysia memberi cabaran kepada setiap pasukan untuk berinovasi dalam pendidikan dengan mengaplikasikan pembelajaran kepada pembinaan dan pembuatan automotif. Setiap prototaip yang akan dibangunkan akan dinilai didalam kejohanan ini. Kereta perlu seimbang secara keseluruhan termasuk pecutan, brek dan pengendalian dengan kos yang berpatutan.
    Penyertaan ini menunjukkan komitmen DTMDT dalam membangunkan bakat-bakat muda dalam bidang kejuruteraan automotif dan sukan permotoran di peringkat nasional.
    Teruskan perjuangan wahai pahlawan DTMDT. Tunjukkan pada Negara dan Dunia siapa kita.

    Institut Kemahiran Tinggi Belia Dusun Tua,
    Km 25 Dusun Tua,
    43100 Hulu Langat, Selangor

    No Tel : 03-90217100
    Email : ikbn_dsntua@kbs.gov.my