Lawatan Tapak Program Intervensi Kesihatan Mental

     
    Pada 17 April 2026, IKTBN Dusun Tua menerima kunjungan daripada Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat bagi persiapan Program Intervensi Kesihatan Mental yang akan berlangsung pada 4 Jun 2026.
    Lawatan ini diketuai oleh Dr. Nur Firdaus binti Mohd Rus, Pegawai Perubatan UD14, Bahagian Kawalan Penyakit Tidak Berjangkit. Antara fasiliti yang ditinjau termasuk Auditorium, Bilik Pencahayaan IPD, Trek Balapan, Dewan Makan dan Tasik Rekreasi.
    Terima kasih kepada Cawangan Hubungan Industri atas pengendalian sesi ini, serta penghargaan kepada Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat kerana memilih IKTBN Dusun Tua sebagai lokasi program.
    Semoga kerjasama ini menjadikan IKTBN Dusun Tua lebih dikenali bukan sahaja sebagai institusi TVET, tetapi juga kerana fasiliti yang serba lengkap.

    Institut Kemahiran Tinggi Belia Dusun Tua,
    Km 25 Dusun Tua,
    43100 Hulu Langat, Selangor

    No Tel : 03-90217100
    Email : ikbn_dsntua@kbs.gov.my