- Yogalakshumi Retnam
- IKTBN Dusun Tua
- Hits: 3
PERBINCANGAN JALINAN KERJASAMA STRATEGIK BERSAMA AADK DAERAH HULU SELANGOR
29 Julai 2026 - Rabu
BAHAGIAN PENYEJUKBEKUAN & PENYAMANAN UDARA, JABATAN TEKNOLOGI ELEKTRIK IKTBN DUSUN TUA
Satu perbincangan jalinan kerjasama strategik telah diadakan antara IKTBN Dusun Tua (IKTBNDT) bersama AADK Daerah Hulu Selangor. Kerjasama ini berhasrat untuk memperkasakan agenda Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), di samping membuka ruang serta peluang kemahiran yang berharga buat komuniti.
Perbincangan ini telah diketuai oleh Ketua Jabatan Teknologi Elektrik En.Yogamurugan bersama para pengajar Bhg.PPU IKTBN DT En. Kamarul Azhar, En. Mahadir dan En Khairul Nizam.
Semoga usaha murni ini membawa keberkatan dan memberikan manfaat yang berpanjangan kepada semua pihak yang terlibat.
