TAHNIAH PENERIMA ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) TAHUN 2025 IKTBN DUSUN TUA

    TAHNIAH PENERIMA ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) TAHUN 2025 IKTBN DUSUN TUA

     
    30 Julai 2026 – Khamis
    Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)
    Setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2025 dan penghargaan kepada pegawai yang bersara pada Tahun 2026
    Sekalung tahniah diucapkan kepada kakitangan IKTBN Dusun Tua yang menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2025. Pengiktirafan ini merupakan penghargaan atas komitmen, dedikasi dan kecemerlangan yang telah ditunjukkan dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab.
    Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin dan semangat kepada kakitangan yang lain juga untuk terus memberikan perkhidmatan yang cemerlang, berintegriti dan berkualiti .
    Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih juga diucapkan kepada pegawai yang bersara pada tahun 2026 atas segala jasa, pengorbanan dan sumbangan sepanjang tempoh perkhidmatan. Semoga segala bakti yang telah dicurahkan menjadi kenangan yang bermakna dan sentiasa dikenang.
    Syabas dan Tahniah diucapkan.

    Institut Kemahiran Tinggi Belia Dusun Tua,
    Km 25 Dusun Tua,
    43100 Hulu Langat, Selangor

    No Tel : 03-90217100
    Email : ikbn_dsntua@kbs.gov.my