27 Februari 2026 - Jumaat
Anjuran: Jabatan Mekanikal
Perhimpunan Bulanan bagi bulan Februari 2026 telah berlangsung dengan jayanya anjuran Jabatan Mekanikal. Program ini diadakan bagi menghimpunkan seluruh warga kerja dalam memperkukuhkan komunikasi, menyampaikan maklumat semasa serta meningkatkan semangat kerja berpasukan.
Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada wakil penganjur, diikuti dengan Amanat Pengarah. Dalam amanat tersebut, Pengarah menekankan kepentingan disiplin, integriti serta komitmen warga kerja dalam memastikan kecemerlangan organisasi terus diperkasa. Beliau turut menyeru agar semua staf terus berinovasi dan meningkatkan produktiviti selaras dengan hala tuju institusi.
Turut diadakan sesi penghargaan kepada staf yang berpindah dan menyambut kedatangan staf baharu sebagai tanda penghormatan serta sokongan berterusan terhadap sumbangan mereka kepada organisasi.
Kemuncak majlis adalah penyampaian Anugerah Inovasi, sebagai pengiktirafan kepada warga kerja yang telah menunjukkan kreativiti dan komitmen dalam menghasilkan idea serta projek inovatif yang memberi impak positif kepada jabatan dan institusi.
Secara keseluruhannya, perhimpunan ini berjaya mencapai objektif dalam memperkukuhkan semangat kebersamaan serta menyemarakkan budaya kerja cemerlang dalam kalangan warga organisasi.
