Program Bubur Lambuk Peringkat IKTBN Dusun Tua Tahun 2026

    Program Bubur Lambuk Peringkat IKTBN Dusun Tua Tahun 2026

    Program Bubur Lambuk Peringkat IKTBN Dusun Tua Tahun 2026 dilaksanakan pada 9 Mac 2026 (Isnin) di Pusat Komuniti IKTBN Dusun Tua.
    Program ini dimulakan dengan aktiviti gotong-royong memasak bubur lambuk seawal jam 8.00 pagi yang melibatkan penyertaan kakitangan IKTBN Dusun Tua.
    Bubur lambuk yang dimasak kemudiannya diagihkan kepada warga IKTBN Dusun Tua dan komuniti sekitar pada jam 2.30 petang di perkarangan Masjid Asy-Syabab IKTBN Dusun Tua.
    Program ini berjaya memupuk semangat kerjasama, kebersamaan dan mengeratkan silaturahim dalam kalangan warga IKTBN Dusun Tua serta masyarakat setempat sempena bulan Ramadan yang penuh keberkatan. 🌙✨

    Institut Kemahiran Tinggi Belia Dusun Tua,
    Km 25 Dusun Tua,
    43100 Hulu Langat, Selangor

    No Tel : 03-90217100
    Email : ikbn_dsntua@kbs.gov.my