- Yogalakshumi Retnam
- IKTBN Dusun Tua
- Hits: 40
LAWATAN KERJASAMA PERSATUAN PAKAR PERUBATAN KELUARGA SELANGOR
16 Mac 2026 - Isnin
Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Dusun Tua telah menerima kunjungan rasmi daripada Persatuan Pakar Perubatan Keluarga Selangor yang diketuai oleh wakil persatuan, Dr. Sarah Liyana binti M. Abd Rani.
Lawatan ini bertujuan untuk mengadakan pra-perbincangan mengenai kerjasama strategik bagi Program Kesihatan Remaja sempena Projek Komuniti Pakar Perubatan Keluarga Selangor 2026.
Sepanjang sesi lawatan, pelbagai aspek penting telah diteliti termasuk kesesuaian lokasi, perancangan aktiviti, keperluan logistik dan lain-lain faktor sokongan.
Kerjasama ini bakal memberi tumpuan kepada pemerkasaan kesihatan remaja dalam bidang kesihatan mental, kesihatan seksual dan reproduktif, gaya hidup sihat serta pencegahan tingkah laku berisiko.
Inisiatif ini bukan sahaja memberi manfaat langsung kepada para pelajar, malah turut memperkukuh jaringan kerjasama antara institusi dalam usaha melahirkan generasi TVET yang lebih sihat, berdaya tahan dan bersedia menghadapi cabaran masa depan.
