- Yogalakshumi Retnam
- IKTBN Dusun Tua
- Hits: 17
PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN VOKASIONAL (LKV) AADK NEGERI SELANGOR BERSAMA IKTBN DUSUN TUA BANTU RE-INTEGRASI KLIEN
29-30.09.2026 - JBT.TEK.ELEKTRIK IKTBN DUSUN TUA : PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN VOKASIONAL (LKV) AADK NEGERI SELANGOR BERSAMA IKTBN DUSUN TUA BANTU RE-INTEGRASI KLIEN
Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Negeri Selangor dengan kerjasama Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Dusun Tua telah menganjurkan Program Latihan Kemahiran Vokasional (LKV) yang berlangsung selama dua hari bermula 29 & 30 Sept 2026 bertempat di AADK Daerah Hulu Selangor.
Program Latihan Kemahiran Vokasional (LKV) ini dilaksanakan dengan fokus utama untuk membekalkan pengetahuan asas yang praktikal dalam bidang penyejukbekuan dan penyaman udara di samping menyediakan landasan kemahiran agar peserta mampu bersaing di pasaran kerja tempatan mahupun menceburi bidang keusahawanan.
Program kolaborasi strategik ini telah dikendalikan oleh dua orang pengajar daripada Bahagian Penyejukbekuan dan Penyaman Udara IKTBN Dusun Tua, Encik Khairul Nizam dan Encik Mohd Zulkarnain dimana sepanjang program berjalan, para peserta telah didedahkan dengan pengetahuan asas serta latihan praktikal dalam bidang penyenggaraan sistem penyaman udara
Terima kasih diucapakan kepada AADK Negeri Selangor diatas kepercayaan yang diberikan kepada IKTBN Dusun Tua , semoga usaha murni dan semangat kolaborasi ini tidak terhenti di sini, malah terus berkekalan menerusi pelbagai program berimpak tinggi pada masa akan datang.
Bersama Kita Membanteras Dadah !!!!!
Sumber : Ketua Bhg.Penyejukbekuan & Penyamanan Udara.
ILKBS.
Profesional Terunggul
