- Yogalakshumi Retnam
- IKTBN Dusun Tua
- Hits: 25
SATU LAGI INISIATIF HIJAU !!! IKTBN DUSUN TUA TERIMA SUMBANGAN PERALATAN LATIHAN ATC CSTP.
03.10.2026 - JABATAN TEKNOLOGI ELEKTRIK IKTBN DUSUN TUA :
SATU LAGI INISIATIF HIJAU !!! IKTBN DUSUN TUA TERIMA SUMBANGAN PERALATAN LATIHAN ATC CSTP.
Alhamdulillah, bersempena dengan Sambutan Hari Ozon Sedunia, IKTBN Dusun Tua telah melakar satu lagi lipatan sejarah apabila secara rasmi menerima sumbangan berupa peralatan dan unit latihan sebagai Pusat Latihan Bertauliah (ATC) bagi program CSTP. Sumbangan telah diterima oleh Pengarah IKTBN Dusun Tua, Ts. Samsuri Arif di Alamanda Shopping Center tempat dimana berlangsungnya sambutan tersebut.
Certified Service Technician Program adalah program persijilan khas dalam sektor Penyejukan dan Penyaman Udara (RAC) yang bertujuan untuk meningkatkan kemahiranan juruteknik perkhidmatan penyejukan dan penyaman udara mengamalkan kaedah penyelenggaraan yang betul dan selamat disamping mengurangkan dan mengawal pelepasan bahan pendingin (refrigerant) yang memusnahkan lapisan ozon serta menyumbang kepada pemanasan global bagi mematuhi protokol antarabangsa untuk mengurangkan penggunaan bahan kimia berbahaya seperti CFC, HCFC, dan HFC.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Jabatan Alam Sekitar atas kepercayaan dan sumbangan yang diberikan. Semoga kerjasama ini dapat mengukuhkan lagi peranan IKTBN Dusun Tua dalam melahirkan modal insan berkemahiran tinggi bagi pasaran industri negara
Sumber : Ketua Bhg.Penyejukbekuan & Penyamanan Udara.
ILKBS.
Profesional Terunggul
