Program yang dianjurkan oleh Puan Masitah dari Unit Bimbingan & Kaunseling ini dijalankan khusus untuk memberikan dorongan terakhir yang intensif dan fokus kepada murid-murid SMK Dusun Nanding oleh tenaga pengajar En. Razis Azlan Zainal dari Cawangan Hubungan Industri, IKTBN Dusun Tua bagi melengkapkan mereka dengan strategi pembelajaran yang efektif, serta meningkatkan motivasi dan keyakinan diri mereka.
Melalui pendekatan kolaborasi antara sekolah dan institusi kemahiran ini, murid diharapkan dapat 'membuka mata' dalam mencapai potensi penuh mereka dan boleh merancang pembelajaran bagi persediaan kerjaya yang akan ditempuhi pada masa hadapan.