PROMOSI IKTBN DUSUN TUA DI KARNIVAL ASPIRASI KERJAYA JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT (JKM) NEGERI SELANGOR

    PROMOSI IKTBN DUSUN TUA DI KARNIVAL ASPIRASI KERJAYA JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT (JKM) NEGERI SELANGOR

     
    08 Ogos 2026 - Sabtu
    IKTBN Dusun Tua terus mengorak langkah memperkasa pendidikan TVET ILKBS melalui promosi latihan kemahiran di Pameran Karnival Aspirasi Kerjaya Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Selangor di Bangunan IDCC, Seksyen 15, Shah Alam.
    Para pelajar, guru-guru dan warga pengunjung dibekalkan informasi oleh pegawai Hal Ehwal Pelajar (HEP), En. Mohd Afiq bin Mohd Ridzuan berkaitan peluang latihan kemahiran di IKTBN Dusun Tua melibatkan bidang Elektrikal, Mekanikal dan Automotif serta latihan jangka pendek yang dijalankan sepanjang tahun.
    Semoga segala input yang diberi memberi manfaat khususnya kepada para pelajar dalam menentukan halatuju pendidikan mereka, seterusnya menjadi seorang pekerja mahir di Malaysia satu hari nanti.

    Institut Kemahiran Tinggi Belia Dusun Tua,
    Km 25 Dusun Tua,
    43100 Hulu Langat, Selangor

    No Tel : 03-90217100
    Email : ikbn_dsntua@kbs.gov.my