- Yogalakshumi Retnam
- IKTBN Dusun Tua
- Hits: 4
TAKLIMAT PENDIDIKAN TVET DAN KERJAYA SEMPENA PECUTAN AKHIR CALON SPM DI SMK DUSUN NANDING
10 Ogos 2026 - Isnin
IKTBN Dusun Tua terus menyebarluaskan kepentingan ilmu kemahiran dan kerjaya melalui Taklimat Pendidikan TVET dan Kerjaya sempena Pecutan Akhir Calon SPM 2026 di SMK Dusun Nanding.
Para pelajar dan guru-guru dibekalkan informasi dan maklumat oleh Ketua Cawangan Hubungan Industri, En. Jefrizain bin Abdul Rasid berkaitan peluang latihan kemahiran di IKTBN Dusun Tua melibatkan bidang Elektrikal, Mekanikal dan Automotif selepas tamat tingkatan 5 sebagai persediaan membina kerjaya masa depan mengikut bidang yang diminati.
Para pelajar juga diberi galakan motivasi, semangat dan inspirasi dalam mengharungi peperiksaan SPM yang akan di harungi nanti.Semoga segala input yang diberi memberi manfaat khususnya kepada para pelajar dalam menentukan halatuju pendidikan mereka, seterusnya menjadi seorang pekerja mahir di Malaysia pada masa hadapan.
Semoga berjaya semua dalam SPM. Anda pasti boleh!!!..
