- Yogalakshumi Retnam
- IKTBN Dusun Tua
- Hits: 49
PROMOSI IKTBN DUSUN TUA DI PROGRAM PERKHEMAHAN JATI DIRI ANAK HARAPAN SELANGOR TAHUN 2026
19 Ogos 2026 - Rabu
IKTBN Dusun Tua meneruskan pemerkasaan pendidikan TVET ILKBS melalui promosi latihan kemahiran di Program Perkhemahan Jati Diri Anak Harapan Selangor bersama YAB Dato' Menteri Besar Selangor Tahun 2026.
Para pelajar, guru-guru dan warga pengunjung dibekalkan informasi oleh pegawai Cawangan Hubungan Industri (CHI) berkaitan peluang latihan kemahiran di IKTBN Dusun Tua melibatkan bidang Elektrikal, Mekanikal dan Automotif serta latihan jangka pendek yang dijalankan sepanjang tahun.
Semoga segala input yang diberi memberi manfaat khususnya kepada para pelajar dalam menentukan halatuju pendidikan mereka, seterusnya menjadi seorang pekerja mahir di Malaysia satu hari nanti.
