- Yogalakshumi Retnam
- IKTBN Dusun Tua
- Hits: 7
SEMINAR KESELAMATAN ELEKTRIK & GAS SERTA KECEKAPAN TENAGA DI IKTBN DUSUN TUA
8 September 2026 - Selasa
IKTBN Dusun Tua menjadi lokasi pelaksanaan Seminar Keselamatan Elektrik & Gas serta Kecekapan Tenaga yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Tenaga dengan kerjasama Jabatan Teknologi Elektrik IKTBN Dusun Tua.
Seminar ini bertujuan meningkatkan kesedaran dan pengetahuan warga institut serta para peserta berkaitan aspek keselamatan elektrik dan gas, penggunaan tenaga secara cekap serta kepentingan budaya kerja yang mengutamakan keselamatan.
Turut disampaikan perkongsian berkaitan Peranan Orang Kompeten dan Peperiksaan, selain pendedahan mengenai penggunaan elektrik secara cekap oleh para penceramah daripada Suruhanjaya Tenaga.
Turut hadir Ts. Johary bin Yahya, Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan IKTBN Dusun Tua, bersama barisan pegawai pengurusan, pengajar, warga IKTBN Dusun Tua serta para peserta seminar.
Pihak IKTBN Dusun Tua merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Suruhanjaya Tenaga atas kerjasama serta perkongsian ilmu yang amat bermanfaat dalam memperkukuh budaya keselamatan dan kecekapan tenaga dalam kalangan warga institusi dan peserta.
Semoga ilmu dan pengetahuan yang diperoleh melalui seminar ini dapat dimanfaatkan serta diaplikasikan dalam tugasan, latihan dan kehidupan seharian.
“Keselamatan Diutamakan, Tenaga Digunakan Secara Berhemah.”
