- Yogalakshumi Retnam
- IKTBN Dusun Tua
- Hits: 11
PERBINCANGAN KERJASAMA PERKONGSIAN KEPAKARAN LATIHAN KEMAHIRAN BERSAMA WAKIL TIMOR LESTE DI IKTBN DUSUN TUA
PERBINCANGAN KERJASAMA PERKONGSIAN KEPAKARAN LATIHAN KEMAHIRAN BERSAMA WAKIL TIMOR LESTE DI IKTBN DUSUN TUA
8 September 2026 - Selasa
IKTBN Dusun Tua meneruskan kecemerlangan sebagai antara pusat latihan kemahiran yang menjadi pilihan destinasi wakil luar Negara bagi mendalami dunia kemahiran. Satu sesi perbincangan kerjasama telah diadakan diantara wakil bahagian kemahiran teknikal Timor Leste, Mr.Gomez dan wakil pengurusan IKTBN Dusun Tua yang diwakili Tmbalan Pengarah Pengurusan Latihan, En. Johary bin Yahaya.
Perbincangan tertumpu kepada perkongsian kepakaran yang ada di IKTBN Dusun Tua melibatkan 3 bidang kemahiran utama, seterusnya menjadi tempat untuk wakil-wakil pengajar dan industri dari Timor Leste untuk menimba ilmu kemahiran disini. Satu jalinan kerjasama juga akan dimeterai melibatkan dua Negara bagi membolehkan program dua hala dapat diteruskan secara bersama dan berterusan.
Terus maju IKTBN Dusun Tua di mata dunia dan negara.
