- Yogalakshumi Retnam
- IKTBN Dusun Tua
- Hits: 4
SESI PENILAIAN SEMULA GEOPARK KEBANGSAAN GOMBAK-HULU LANGAT TAHUN 2026 DI IKTBN DUSUN TUA
29 Oktober 2026 - Khamis
IKTBN Dusun Tua telah menerima kunjungan pihak penilai bagi menjayakan Sesi Penilaian Semula Geopark Kebangsaan Gombak-Hulu Langat Tahun 2026. Sesi ini merupakan sebahagian daripada proses penilaian dan pemantauan bagi memastikan status Geopark Kebangsaan Gombak-Hulu Langat terus dikekalkan, di samping menilai aspek keunikan geologi, warisan semula jadi dan potensi kawasan yang mempunyai nilai signifikan kepada geopark.
Dalam sesi penilaian tersebut, En. Jefrizain bin Abdul Rasid, Ketua Cawangan Hubungan Industri IKTBN Dusun Tua telah memberikan penerangan serta maklumat berkaitan Kolam Air Panas yang terdapat di dalam kawasan IKTBN Dusun Tua. Penilaian ini memberi tumpuan kepada keunikan dan potensi sumber geologi semula jadi tersebut sebagai salah satu elemen warisan yang menyumbang kepada nilai Geopark Kebangsaan Gombak-Hulu Langat.
Diharapkan sesi penilaian semula ini dapat membantu memperkukuh pengiktirafan dan mengekalkan status Geopark Kebangsaan Gombak-Hulu Langat, sekali gus meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan pemeliharaan warisan geologi serta khazanah alam semula jadi untuk generasi akan datang.
