SANTAI MESRA BERSAMA WARGA KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN (KESKEB) IKTBN DUSUN TUA

    SANTAI MESRA BERSAMA WARGA KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN (KESKEB) IKTBN DUSUN TUA

     
    25 Oktober 2026 - Ahad
    Program Santai Mesra Bersama Warga KESKEB IKTBN Dusun Tua telah diadakan pada 24 hingga 25 Oktober 2026 bertempat di Cherating, Pahang. Program ini bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga KESKEB, di samping memberi peluang kepada semua merehatkan minda dan meluangkan masa bersama di luar persekitaran kerja.
    Pelbagai aktiviti santai telah dirancang sepanjang program berlangsung yang memberi ruang kepada warga KESKEB untuk beramah mesra dan mengukuhkan semangat berpasukan.
    Diharapkan program seumpama ini dapat menyemai semangat kekitaan, meningkatkan kerjasama serta mengukuhkan ukhuwah dalam kalangan warga KESKEB IKTBN Dusun Tua. Semoga kenangan manis yang tercipta menjadi pemangkin kepada suasana kerja yang lebih harmoni, positif dan penuh semangat kebersamaan.

    Institut Kemahiran Tinggi Belia Dusun Tua,
    Km 25 Dusun Tua,
    43100 Hulu Langat, Selangor

    No Tel : 03-90217100
    Email : ikbn_dsntua@kbs.gov.my