04.11.2026 - Rabu
Tahniah IKTBN Bukit Mertajam atas kejayaan melakar sejarah bergelar JUARA bagi edisi sulung ILKBS SKILLS 2026 bidang Electrical Installations.
IKTBNBM diwakili oleh Sdr.Mohd Farhan telah mendapat pingat emas manakala pingat perak dan gangsa telah dimenangi oleh IKTBN Dusun Tua yang diwakili oleh Sdr Mohd Aqil & Sdr Mohd Syaffiq.
Buat peserta lain, anda semua tetap luar biasa kerana berani menyahut cabaran dan bersaing di pentas berprestij ini. Korang dah buat yang sehabis baik dan buktikan kemampuan yang luar biasa di pentas ILKBS SKILLS 2026.
Satu pencapaian yang sangat memberi inspirasi."Walau anda bermula dari 0, but you become a HERO!" 


Majlis penyampaian pingat dan penutup edisi sulung ILKBS SKILLS 2026 bidang Electrical Installation telah disempurkan oleh pengarah IKTBN Dusun Tua , Ts.Samsuri Arif dengan ucapan kata-kata semagat kepada semua peserta agar terus mengasah bakat kemahiran untuk menempatkan diri didalam industri dimasa akan datan.
Terima kasih kepada semua yang terlibat bagi menjayakan edisi ILKBS SKILLS kali ini. Semoga program seperti ini dapat diteruskan dimasa akan datang demi memastikan para pelajar TVET dapat bersaing dengan standard kemahiran di industri.
