HIMPUNAN BELIA TVET MADANI 2026: JELAJAH ILKBS TVET 2.0 DI IKTBN DUSUN TUA

    HIMPUNAN BELIA TVET MADANI 2026: JELAJAH ILKBS TVET 2.0 DI IKTBN DUSUN TUA

     
    3 November 2026 - Selasa
    Himpunan Belia TVET MADANI 2026: Jelajah ILKBS TVET 2.0 telah berjaya dianjurkan pada 3 November 2026 bertempat di IKTBN Dusun Tua. Program ini telah disempurnakan oleh YB Dr. Mohammed Taufiq bin Johari, Menteri Belia dan Sukan, sebagai usaha memperkasa bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) serta meningkatkan kesedaran terhadap peluang kerjaya dan kemahiran dalam kalangan belia.
    Program ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dengan kehadiran warga belia ILKBS, pelajar sekolah serta warga komuniti setempat. Pelbagai aktiviti menarik telah dilaksanakan, antaranya temu duga terbuka, pameran industri, demonstrasi kemahiran, Try-A-Skill, ILKBS Skill, Jualan Rahmah, Pocket Talk, Bakat TVET serta pameran ILKBS TVET 2.0 yang memberi peluang kepada para peserta mengenali bidang kemahiran secara lebih dekat dan interaktif.
    Penganjuran program ini diharap dapat menjadi platform berimpak tinggi dalam melahirkan generasi belia yang berkemahiran, berdaya saing dan memenuhi keperluan industri semasa. Selain memperkukuh hubungan strategik antara ILKBS, pihak industri, institusi pendidikan dan komuniti, program ini turut menyokong aspirasi TVET MADANI dalam menjadikan TVET sebagai pilihan utama pembangunan kerjaya belia negara.

    Institut Kemahiran Tinggi Belia Dusun Tua,
    Km 25 Dusun Tua,
    43100 Hulu Langat, Selangor

    No Tel : 03-90217100
    Email : ikbn_dsntua@kbs.gov.my