TAKLIMAT PENGIKTIRAFAN PROFESIONAL MBOT DI IKTBN DUSUN TUA ANJURAN JABATAN TEKNOLOGI ELEKTRIK

    TAKLIMAT PENGIKTIRAFAN PROFESIONAL MBOT DI IKTBN DUSUN TUA ANJURAN JABATAN TEKNOLOGI ELEKTRIK

    TAKLIMAT PENGIKTIRAFAN PROFESIONAL MBOT DI IKTBN DUSUN TUA ANJURAN JABATAN TEKNOLOGI ELEKTRIK
    04.09.2026 - Jumaat
    Jabatan Teknologi Elektrik, IKTBN Dusun Tua telah menganjurkan Taklimat Pengiktirafan Profesional yang disampaikan oleh En. Nur Aswad Roslan, Penolong Pendaftar Operasi, Malaysian Board of Technologists (MBOT).
    Taklimat ini memberikan pendedahan kepada tenaga pengajar berkaitan kepentingan pengiktirafan profesional serta laluan untuk meningkatkan kompetensi dan profesionalisme dalam bidang teknikal dan teknologi dan memberi pengiktirafan terhadap kepakaran dan pengalaman teknikal yang dimiliki.
    Disamping itu pengiktirafan juga dapat meningkatkan imej, kredibiliti dan reputasi institut sebagai institusi TVET yang berkualiti serta memperkukuh hubungan dan jaringan kerjasama dengan badan profesional serta pihak industri.
    👏 Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada En. Nur Aswad Roslan atas perkongsian ilmu dan penerangan yang sangat bermanfaat.
    Semoga taklimat ini menjadi pemangkin kepada lebih ramai tenaga pengajar untuk mendapatkan pengiktirafan profesional demi pembangunan kerjaya, peningkatan kualiti pendidikan TVET dan kecemerlangan institut.
    ⚡ Profesionalisme Diperkasa, TVET Berkualiti, Industri Diperkasa!
    TVET.
    Pilihan Utama Kerjaya
    ILKBS.
    Profesional Terunggul

    Institut Kemahiran Tinggi Belia Dusun Tua,
    Km 25 Dusun Tua,
    43100 Hulu Langat, Selangor

    No Tel : 03-90217100
    Email : ikbn_dsntua@kbs.gov.my