- Yogalakshumi Retnam
- IKTBN Dusun Tua
- Hits: 9
SESI EKSPLORASI TVET DAN KERJAYA MURID TAHUN 2026 DI SMK DESA SERDANG
SESI EKSPLORASI TVET DAN KERJAYA MURID TAHUN 2026 DI SMK DESA SERDANG
07 September 2026 - Isnin
IKTBN Dusun Tua meneruskan agenda pemerkasaan pendidikan latihan kemahiran melalui Sesi Eksplorasi TVET dan Kerjaya bagi murid tahun 2026 di SMK Desa Serdang.
Para pelajar tingkatan 4 dan 5 serta guru-guru dibekalkan informasi dan maklumat oleh Ketua Cawangan Hubungan Industri, En. Jefrizain bin Abdul Rasid berkaitan peluang latihan kemahiran di institusi TVET, khasnya di IKTBN Dusun Tua melibatkan bidang Elektrikal, Mekanikal dan Automotif selepas tamat tingkatan 5 sebagai persediaan membina kerjaya masa depan mengikut bidang yang diminati.
Para pelajar juga diberi galakan motivasi, semangat dan inspirasi dalam mengharungi peperiksaan SPM yang akan di harungi nanti.Semoga segala input yang diberi memberi manfaat khususnya kepada para pelajar dalam menentukan halatuju pendidikan mereka, seterusnya menjadi seorang pekerja mahir di Malaysia pada masa hadapan.
