Warga IKTBN Dusun Tua & Pasukan Robotik – Bersedia Menakluk Youth Robot Challenge 2026!
IKTBN Dusun Tua terus melangkah gagah ke hadapan dengan menyertai Bengkel Pembangunan Soccer Robot pada 4–5 Mei 2026 di IKTBN Bukit Mertajam.
Sepanjang bengkel, peserta bukan sahaja menguasai rekabentuk robot, asas perkakasan, sistem kawalan dan teknik penyelenggaraan, malah turut membina semangat juang serta memperkukuh jaringan kerjasama dengan institusi lain.
Inilah bukti komitmen warga IKTBN Dusun Tua – khususnya Pasukan Robotik – untuk melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi, berdaya saing dan bersedia menghadapi cabaran industri masa depan.
Dengan semangat juara, kita yakin penyertaan ini akan memberi impak besar dalam persediaan menuju Youth Robot Challenge 2026 serta memperkukuh penguasaan teknologi robotik warga institusi.
