Program CareerKickstart 2026

    Program CareerKickstart 2026

    27 Pelajar IKTBN Dusun Tua Sertai CareerKickstart 2026!
    Tahniah kepada 27 orang pelajar semester akhir IKTBN Dusun Tua yang telah menyertai Program CareerKickstart 2026 anjuran Yayasan Raja Muda Selangor (YRMS) pada 5 Mei 2026 bertempat di Vocational Education Training Academy (VETA).
    Program ini memberi peluang pelajar untuk:
    ✅ Mengikuti kelas pengurusan kewangan bersama TYMBA Education Group
    ✅ Mendalami pengurusan kewangan Islam & konsep keberkatan rezeki bersama Lembaga Zakat Selangor
    ✅ Menimba ilmu kerjaya melalui bengkel bersama PERKESO
    Penyertaan ini bukan sahaja memperkukuh ilmu dan kebolehpasaran pelajar, malah menjadi langkah penting dalam mempersiapkan mereka menghadapi dunia pekerjaan sebenar.
    IKTBN Dusun Tua merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada:
    👏 Ketua Jabatan Automotif
    👏 Ketua Bahagian Penyelenggaraan Kenderaan Perdagangan (PKP)
    👏 Ketua Bahagian Penyelenggaraan Jentera Berat (PJB)
    👏 Pegawai pengiring
    diatas komitmen dan sokongan padu dalam menjayakan penyertaan ini.
    Tidak dilupakan, ucapan terima kasih kepada Yayasan Raja Muda Selangor (YRMS) kerana memberi peluang berharga ini kepada pelajar IKTBN Dusun Tua.
    Semoga pengalaman ini menjadi pemangkin semangat untuk warga IKTBN Dusun Tua terus melahirkan graduan TVET yang berkemahiran tinggi, berdaya saing dan bersedia menakluk masa depan!

    Institut Kemahiran Tinggi Belia Dusun Tua,
    Km 25 Dusun Tua,
    43100 Hulu Langat, Selangor

    No Tel : 03-90217100
    Email : ikbn_dsntua@kbs.gov.my