Setelah lebih dari 7 bulan...akhirnya masa yang ditunggu telah tiba....
Pertandingan Akhir WSMB BELIA BIDANG AUTOMOBILE TECHNOLOGY kini kembali dan Airil dari Fakulti Teknologi Automotif mula menggalas cabaran tunggal IKTBN Temerloh dalam merebut tempat diantara 12 peserta akhir dari seluruh Malaysia bagi peluang mewakili Malaysia ke Peringkat Antarabangsa.
Pertandingan yang akan bermula pada 12 Jun 2026 sehingga 14 Jun 2026 bertempat di CIAST Shah Alam akan melibatkan 8 tugasan yang perlu diselesaikan dan hanya dengan kekuatan fizikal dan mental akan menjadi cabaran.
Doakan peserta kita agar semua perjuangannya dipermudahkan dan teruskan sokongan padu pada TEAM KITA IKTBN TEMERLOH.
