AL FATIHAH DAN SALAM TAKZIAH

    AL FATIHAH DAN SALAM TAKZIAH

     
    Seluruh warga Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Temerloh merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Mohd Fadli bin Razak, atas pemergian insan yang dikasihi pada pagi ini.

    Sesungguhnya pemergian beliau merupakan satu kehilangan yang amat dirasai oleh seluruh warga IKTBN Temerloh. Semoga segala jasa, bakti dan sumbangan yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat menjadi amal soleh yang berterusan serta dikurniakan ganjaran sebaik-baiknya di sisi Allah SWT.

    Marilah kita bersama-sama mendoakan agar Allah SWT mengampunkan segala dosa Allahyarham, melapangkan kuburnya, mengurniakan rahmat serta menempatkannya dalam kalangan hamba-hambaNya yang beriman. Semoga seluruh ahli keluarga dikurniakan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi ujian yang berat ini.
    Al-Fatihah.

    Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Temerloh
    Kampung Bongsu,
    28500 Lanchang, Temerloh,
    Pahang Darul Makmur.

    09-2805550