HARI TVET & KARNIVAL MINI KEUSAHAWANAN SSN di SMK SEBERANG TEMERLOH PAHANG TAHUN 2026

    HARI TVET & KARNIVAL MINI KEUSAHAWANAN SSN di SMK SEBERANG TEMERLOH PAHANG TAHUN 2026

    3Julai 2026, SSN SMK Seberang Temerloh - Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Temerloh sekali lagi menerima jemputan program Hari TVET dan Karnival Mini Keusahawanan SSN anjuran SMK Seberang Temerloh, Pahang yang melibatkan warga sekolah serta komuniti setempat hari ini.
    Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar dan masyarakat mengenai kepentingan bidang TVET sebagai laluan pendidikan dan kerjaya masa depan di samping memupuk semangat keusahawanan dalam kalangan pelajar. Bagi melancarkan acara dalam program ini, seramai empat (4) orang pegawai IKTBN Temerloh telah hadir. Kehadiran mereka bukan sahaja memeriahkan suasana malah memberi nilai tambah kepada pengisian program. Puan Siti Aishah binti Mustafa, KC. CKS bersama Encik Samsulbahri bin Nurtahir, Pegawai Jurusan Teknologi Automotif Penyelenggaraan (JTAP). Beliau berperanan sebagai penceramah dalam slot taklimat kerjaya. Mereka memberikan penerangan mendalam tentang peluang pendidikan selepas SPM untuk laluan ke institusi TVET serta prospek kerjaya dalam industri automotif dan bidang teknikal lain.
    Sementara itu Puan Malissa Afie binti Muhammad Ridzuan, Pegawai CKS bersama Encik Mohd Fauzy bin Mamat, Pegawai Jurusan Teknologi Automotif Pembuatan (JTAM) bertindak sebagai pempamer sepanjang program berlangsung. Mereka memperkenalkan bidang kemahiran melalui pameran interaktif dan demonstrasi asas sekali gus memberi pengalaman bermakna kepada para pelajar dan komuniti setempat yang hadir.
    Program ini telah berjaya menarik perhatian warga sekolah dan masyarakat sekitar. Murid memperoleh maklumat jelas mengenai laluan kerjaya pintar melalui TVET, manakala komuniti setempat mendapat pendedahan tentang peluang keusahawanan yang boleh diceburi. Sambutan yang diberikan amat menggalakkan membuktikan bahawa usaha memperkasa pendidikan berasaskan kemahiran dan keusahawanan mendapat sokongan padu daripada semua pihak.
    Kesimpulannya Hari TVET & Karnival Mini Keusahawanan SSN di SMK Seberang Temerloh telah mencapai objektifnya dengan memberi pendedahan awal kepada pelajar dan komuniti tentang bidang TVET serta peluang keusahawanan. Kehadiran pegawai IKTBN Temerloh telah mengukuhkan lagi peranan institusi ini dalam menyokong usaha memperkasa generasi muda melalui pendidikan berasaskan kemahiran dan inovasi keusahawanan.

    Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Temerloh
    Kampung Bongsu,
    28500 Lanchang, Temerloh,
    Pahang Darul Makmur.

    09-2805550