AL-FATIHAH DAN SALAM TAKZIAH

    AL-FATIHAH DAN SALAM TAKZIAH

    AL-FATIHAH DAN SALAM TAKZIAH

    Dengan rasa dukacita dimaklumkan bahawa,
    Pn. Norhamizah binti Ahmad Nawawi
    Penolong Pegawai Tadbir
    Bahagian Pentadbiran dan Kewangan, IKTBN Temerloh.

    Telah kembali ke rahmatullah pada 24 Mei 2026 bersamaan 7 Zulhijjah 1447H. Wargakerja IKTBN Temerloh merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarhamah yang telah banyak menyumbang bakti kepada institut ini.
    Sesungguhnya pemergian beliau merupakan kehilangan besar kepada kita semua. Semoga Allah SWT mengampunkan segala dosa beliau, melapangkan kuburnya, mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah dan menempatkannya dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.
    Marilah kita sama-sama sedekahkan surah Al Fatihah dan doa agar roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan di syurga Firdaus.

    Salam takziah buat keluarga.
    Semoga diberikan kekuatan dan ketabahan menghadapi ujian ini.Amin.

    Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Temerloh
    Kampung Bongsu,
    28500 Lanchang, Temerloh,
    Pahang Darul Makmur.

    09-2805550