- Haszreen
- IKTBN Temerloh
- Hits: 14
BENGKEL PEMANTAPAN KURIKULUM LATIHAN DAN PENGGUBALAN SOALAN PEPERIKSAAN AKHIR MQA & SKM SIRI 1
Temerloh, 18 - 21 Mei 2026 – Bengkel Pemantapan Kurikulum Latihan dan Penggubalan Soalan Peperiksaan Akhir MQA & SKM yang dianjurkan oleh Cawangan Penyelarasan dan Kawalan Kualiti (CPKK) Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKBNT) Temerloh telah berlangsung di Sri Manja Boutique Hotel, Kuantan Pahang.
Bengkel ini bertujuan memantapkan lagi kurikulum latihan dan menggubal soalan peperiksaan akhir MQA & SKM mengikut standard.
Peserta bengkel bagi program MQA terdiri daripada pengajar Jurusan Pembuatan Automotif (JTAM), Jurusan Penyelenggaran Automotif (JTAP) dan Cawangan Pengajian Umum (CPU) manakala bagi program SKM pula terdiri daripada pengajar Jurusan Foundri (SMN) dan Jurusan Percetakan Digital (SMD).
Sesi bimbingan telah dikendalikan oleh 2 orang penceramah jemputan iaitu Ts.Dr. Abd Fathul Hakim Bin Zulkifli dan Ts.Dr. Syabillah Bin Sulaiman bagi program MQA serta 2 orang fasilitator iaitu
En. Mohd Hezir Bin Mohd Amin (Fasilitator WIM SKM) dan En Jefrizain Bin Abdul Rashid (Fasilitator Soalan SKM).
