- Haszreen
- IKTBN Temerloh
- Hits: 67
BENGKEL PEMANTAPAN KURIKULUM LATIHAN DAN PEMBANGUNAN SOALAN PEPERIKSAAN AKHIR PROGRAM MQA & SKM SIRI 2
TANJUNG KARANG, 10 September 2026 – Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Temerloh dengan jayanya telah menganjurkan Bengkel Pemantapan Kurikulum Latihan dan Pembangunan Soalan Peperiksaan Akhir Program MQA & SKM Siri 2 selama tiga hari bermula 8 hingga 10 September 2026.
Bengkel yang berlangsung di Institut Pengurusan Peladang Tanjung Karang, Selangor ini menghimpunkan seramai 21 orang peserta yang merupakan pengajar IKTBN Temerloh. Ia bertujuan memperkukuh kualiti akademik serta memastikan sistem pentaksiran pelajar sentiasa teliti, relevan, dan memenuhi standard piawaian kebangsaan.
Tumpuan utama bengkel merangkumi empat aspek kritikal:
• Pemurnian Struktur Kurikulum: Menyesuaikan kandungan latihan dengan kehendak industri semasa.
• Penambahbaikan Modul: Pemurnian Modul Pembelajaran serta Written Instructional Material (WIM).
• Pembangunan Soalan Peperiksaan Akhir: Penyediaan dan semakan rapi soalan Peperiksaan Akhir.
• Pengesahan Struktur/ Silibus dan Soalan Peperiksaan Akhir: Mesyuarat Jawatankuasa Institut Latihan (JIL) dan Jawatankuasa Peperiksaan Institut (JKPI) Khas yang dipengerusikan oleh Pengarah IKTBN Temerloh, En Azian Bin Hussain.
Bagi memastikan standard pengajian kekal cemerlang, bengkel ini turut mendapat khidmat kepakaran kepimpinan industri dan institusi pengajian tinggi:
• Penasihat Akademik: YBrs. Ts. Dr. Abd Fathul Hakim bin Zulkifli (Universiti Tun Hussein Onn Malaysia - UTHM)
• Fasilitator / Pembangun Silibus HEV Technology: En. Mohd Yazid bin Aziz (IKTBN Chembong)
• Fasilitator: En. Zarol Amin bin Zali (IKBN Peretak)
• Technical Advisory Committee (TAC): YBrs. Dr. Ahmad Syahrizan bin Sulaiman (Meta Cast Sdn. Bhd., Pekan) & En. Badrul Rizal bin Ahmad Bakri (Achik Sdn. Bhd.)
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua penceramah, fasilitator, pakar industri, serta peserta yang telah memberikan komitmen padu sepanjang tiga hari program ini berlangsung. Semoga usaha berterusan ini membawa mutu latihan TVET di IKTBN Temerloh ke tahap yang lebih tinggi.
